Profil Syarikat
Ginseng Gold Worldwide Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Penjagaan Kesihatan Antarabangsa gabungan syarikat Malaysia dengan syarikat China yang berurusan dengan ginseng dan herba-herba berharga, daripada penanaman sehingga pemasaran.
Kami mempunyai tanah seluas 50,000 meter per segi di China, gunung Chang Bai, daerah Ji Lin bandar Xin Kai He untuk penanaman ginseng dan penghasilan produk lain yang berasaskan ginseng; Sebanyak 1300 hektar tanah telah digunakan untuk penanaman ginseng dan 30 hektar untuk penanaman herba yang bermutu tinggi.
Untuk memenuhi keperluan orang ramai dan pasaran, setiap produk yang dihasilkan telah melalui penyelidikan dan kajian yang teliti dan ketat, setiap ramuan yang digunakan dikaji dengan teliti oleh para ahli sains dan ahli nutrisi. Produk-produk kami memperolehi kelulusan daripada pihak kerajaan dan memenuhi segala peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh peringkat antarabangsa sebelum dikemukakan ke pasaran.
Perniagaan kami adalah berasaskan ginseng di mana produk-produk ginseng kami adalah mematuhi tahap keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh peringkat antarabangsa. Produk utama kami adalah seperti ginseng liar, ginseng tanaman, ginseng Amerika, arak ginseng, serbuk ginseng Boschniakia Rossica, serbuk ginseng Kordyceps Sinensis, serbuk ginseng 6 tahun, kopi ginseng Boschniakia Rossica, kolagen ginseng, herba bunga ginseng, kopi bunga ginseng, teh ginseng dan sebagainya.
Kami juga berurusan dengan pelbagai makanan kesihatan tambahan seperti: Kordyceps Sinensis, Ling Zhi, Rhodiola Rosea L.(atau Hong Jian Tian), Radix Acanthopanacis Senticosi (atau Ci Wu Jia), Auricularia Auricular dan herba-herba bermutu tinggi dari Timur Utara, China.
Misi kami ialah mewujudkan sebuah masyarakat tanpa penyakit dan kehidupan sihat. Kami percaya matlamat ini boleh dicapai melalui pendidikan, makanan yang berkualiti dan harga yang rendah.
Maka, kami agak mengalu-alukan rakan niaga lain dapat bersama kami untuk menyebarkan misi kami, supaya semua orang dapat memanfaat daripadanya.




